“Impianku dari dendammu…”
Untuk membuka tirai tahun 2015, Revolution Stage kembali dengan sebuah teater berbentuk eksperimental muzikal iaitu Teater Sekuntum Mawar Merah, yang akan menampilkan gandingan bakat baru dan pelakon yang berpengalaman di atas satu pentas.
Sekuntum Mawar Merah merupakan sebuah teater muzikal yang mengisahkan tentang Rahmat, seorang penulis puisi dan pemuisi jalanan yang dikatakan gila kerana sering membaca puisi di tepi jalan, kaki lima dan di mana-mana saja yang dia berhenti. Rahmat yang dulunya seorang penulis tersohor yang telah jatuh cinta dengan Zalika, seorang penari Mak Yong yang berasal dari keluarga yang sangat mementingkan adat dan budaya terutama sekali kesenian tradisional yang diwarisi dari keturunan mereka sendiri. Zalika yang juga seorang anak yang taat dengan ibu bapanya sudah menaruh hati kepada Rahmat. Rashid yang merupakan salah seorang pemain dalam Mak Yong dan waris yang paling dipercayai bagi mewarisi kesenian tradisional tersebut telah berdendam dengan Rahmat yang sudah memiliki cinta Zalika. Rashid juga menaruh hati kepada Zalika telah menghuru-harakan keadaan di kampung tersebut dengan kejadian pembunuhan serta pembakaran rumah oleh rasa tidak puas hatinya. Rahmat dituduh memecah belahkan keharmonian kampung tersebut lalu dipukul dengan teruk kemudian dihalau dan kekasihnya Zalika dikahwinkan dengan Rashid.
*Pementasan dalam Bahasa Melayu
Penerbit
Revolution Stage
Pengurus Produksi
Jiggy Wawa
Pengarah
Khairunazwan Rodzy
Pengarah Muzik
Ayop Aztil
Pelakon
Nadia Aqilah
Remy Ishak
Pelangi Chenta
Projek BB
Sinografer
Yusman Mokhtar
Maklumat Pementasan
Tarikh: 25 Feb- 5 Mac 2015
Harga Tiket: RM 55
Cara pembelian tiket:
www.dpac.com.my
Untuk info yang lebih lanjut:
0166083111
No comments:
Post a Comment