Wednesday, 16 October 2013

The Restaurant of Many Orders – When the hunter become the hunted



In one of his famous fables, Kenji Miyazawa, a Japanese poet disparaged particular human attitude and behaviours vis-à-vis environments. As a devoted Buddhist and vegetarian, arrogance and joy-hunting seemed not to his liking, and thus he expressed this through ‘The Restaurant of Many Orders’.

The plot starts with 2 arrogant hunters from the city who enjoy hunting animals just for the sake of fun. Wandering into the deep forest, both of them soon lost their way and their hunting dogs also perished, leaving them disorientated and frightened.  To their astonishment, they found a restaurant in the middle of the jungle. Being hungry and frightened, they entered the restaurant ‘of many orders’ where they find a lot of strange notes with instructions for them to follow. At first, they followed each and every instruction but later they found out that they are the one being ordered and will soon be served to the wild animals for food.



If you would like to know the ending of the story, you can watch the Hiroshi Koike Bridge Project  “Restaurant of Many Orders” this upcoming 26th and 27th October at Damansara Performing Art Centre. Focused on its theme The relationship between Human and Nature, the show is based on this tale and composed of contemporary and traditional dance, voice, songs and masks, in order to make audiences travel between the world of animals and the world of humans.

Having been described as Physical Theatre, this project inherits the one-and-only Hiroshi Koike style: mysterious, delusional and fun with highly skilled cross-genre artists. Being the first project after disbanding the world-recognized TARAHUMARA, Hiroshi Koike Bridge Project  explores the world after the great earthquake of Japan, bridging people to people, past and present, crossing the boundary of different arts, media and body.

This program is held in conjunction with 40th year of ASEAN-Japan Friendship and Cooperation, presented by the Japan Foundation Kuala Lumpur, jointly organized with Damansara Peforming Arts Centre.

Event: The Restaurant of Many Orders
Date: 26th & 27th October 2013
Pricing: RM 50 for adults
                RM25 for students and members

Website: www.dpac.com.my or www.kikh.com


Sekilas Bicara Tentang Animasi

Animasi boleh dikatakan hampir sinonim dengan zaman kanak-kanak dan remaja. Pada awalnya, animasi dihasilkan sebagai satu hiburan bagi kanak-kanak dan remaja. Dewasa kini, terdapat juga bahan animasi dewasa yang disasarkan bagi golongan dewasa. Sebagai contohnya, animasi Crayon Shin-Chan yang diterjemahkan kepada lebih daripada 20 bahasa di seluruh dunia sebenarnya merupakan animasi bagi golongan dewasa. Kartunisnya, Yoshito Usui pada asalnya melukis komik Krayon Shin-Chan khusus bagi golongan suami di Jepun untuk memahami betapa sukarnya para isteri mereka yang terdiri daripada surirumah dalam menguruskan keluarga dan anak-anak mereka. Komik tersebut kemudiannya diadaptasi menjadi animasi.



Jika dunia perfileman ini berasal daripada fotografi, maka dunia animasi sebenar-benarnya berasal daripada ilustrasi grafik. Daripada sekadar visual (fotograi dan ilustrasi grafik) semata-mata, filem dan animasi menggabungkan visual dan juga audio dalam satu konteks yang sama. Animasi berasal daripada babak-babak ilustrasi grafik yang berubah sedikit demi sedikit dan seterusnya dihidupkan menerusi pergerakan. Contoh yang paling mudah, anda boleh saksikan ‘flipbook animation’ bagi idea kasar animasi ilustrasi tradisional.

                                                                      


Kemudiannya, seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih, pelbagai teknologi moden telah digunakan bagi menghasilkan animasi dengan memanipulasi objek nyata yang difotografikan bagi mewujudkan ilusi pergerakan animasi. Teknik ini juga digelar sebagai  ‘stop-motion animation’. Antara cabang-cabang bagi animasi jenis ‘stop-motion’ ini adalah animasi pepatung (puppet animation), animasi tanah liat (clay animation), animasi ‘cut-out’ , animasi silhouette, animasi model, animasi ‘go-motion’, animasi objek dan macam-macam lagi. Teknologi computer kemudiannya telah membawa industri animasi ke satu lagi tahap di mana rekaan animasi boleh dihasilkan dengan menggunakan teknik 2D, 3D dan sebagainya.

Antara animasi yang terawal ditayangkan adalah Felix The Cat. Selain itu, animasi-animasi malar segar (ever-green) seperti Popeye The Sailorman, Little Lulu, Mickey Mouse juga masih lagi menggamit hati sesiapa yang pernah menontonnya. Selain daripada negara barat, negara Asia yang diwakili oleh Negara Jepun juga menghasilkan manga dan anime (animasi) yang tidak kurang hebatnya. Kebanyakan daripada animasi ini walaubagaimanapun diadaptasi daripada komik antaranya Doraemon, Dragon Ball, Slam Dunk, Sailormoon, Shibi Maruko Chan dan lain-lain lagi.

Jika dibincangkan tentang animasi tempatan pula, animasi kita juga tidak kurang hebatnya.  Sejarah animasi negara bermula daripada animasi pertama yang dihasilkan oleh Filem Negara Malaysia seawal tahun 1978 dengan karya yang cukup memahat di ingatan para penonton iaitu Hikayat Sang Kancil. Jika animasi luar negara lebih berunsurkan hiburan (barat) dan  (Jepun), animasi ini lebih memberi pengajaran dengan menyemarakan lagi nilai kebudayaan Melayu. Cerita-cerita pengajaran dan dongeng Melayu ini kemudiannya dihasilkan lagi dengan beberapa lagi sambungan Hikayat Sang Kancil seperti Sang Kancil dengan Buaya, Sang Kancil dengan Monyet, Sang Kancil, Buaya dan kerbau dan macam-macam lagi.


Titik permulaan oleh Bapa Animasi Negara, Hasan Muthalib ini kemudiannya disambung dengan kemunculan karya-karya yang tak kurang hebatnya seperti Usop Sontorian (1995), Keluang Man  p(1997),  Silat Lagenda (1998), Cheritera (2001), Putih (2001), Ranggi (2006), Bola Kampung (2007) Upin dan Ipin (2007), Geng: Penggambaran Bermula (2009), BoBoiBoy (2011), War of the Worlds: Goliath (2012) dan Bola Kampung : The Movie (2013).


Martabat animasi negara perlulah diangkat setara dengan animasi-animasi antarabangsa yang lain demi kepentingan negara sekaligus menyokong Dasar Industri Kreatif Negara. Selain pilihan kerjaya populistik pilihan ramai seperti doktor, peguam, akauntan dan guru yang dikatakan lebih cerah masa depannya, kerjaya dalam bidang kreatif seperti animasi, filem, fesyen dan rekaan, seni visual dan persembahan seni juga tidak boleh dianaktirikan kerana diversiti dan kepelbagaian kunci utama kejayaan negara.