Malam Lebaran
Bulan di atas kuburan
-Sitor Situmorang, 1955
Pendek tapi tajamnya bagaikan sebilah pedang yang tajam menusuk ke kalbu. Itulah perasaan penulis tatkala membaca puisi paling pendek di dunia ini. Terasa! Terasa kehilangan yang amat mendalam.
Ya. Walaupun puisinya hanya sekadar satu baris. Tapi ia
cukup mengguris perasaan penulis. Perasaan yang menjelma di sanubari hati penulis setiap
kali menjelangnya. Setiap malam lebaran tatkala lagu raya berkumandang,
sanak-saudara bergembira untuk beraya. Perasaan ini akan menyelusup ke dalam
jiwa penulis. Terutamanya apabila takbir raya berkumandang. Sayu hati ini. Air
mata sepi pasti akan menitis jatuh ke pipi. Itulah lumrah hidup. Tatkala ada
yang bergembira di malam lebaran, tak kurang juga yang berduka. Mengenangkan
yang telah tiada.
Tapi, sudah menjadi lumrah. Yang sedang sibuk, khayal
bergembira takkan pernah faham akan kesedihan yang berduka. Sama seperti
rembulan yang bercahaya kegembiraan di langit tanpa memandang sepinya kuburan. Cahayanya
terpancar ke kuburan tetapi ia tidak
langsung menyemarakkan suasana di kuburan. Sebaliknya hanya menambahkan lagi
ketragisan di kuburan.
Mungkin penulis takkan faham apa
yang berada dalam minda pengarang sewaktu menuliskan puisi pendeknya itu. Tapi
itu tak penting kerana :
"Perbedaan bentuk dan isi hanya terletak pada
diri penghayat. Bentuk hanya cukup dihayati secara indrawi tapi isi atau arti
dihayati dengan mata batin seorang penghayat secara kontemplasi” (Dharsono/Sony
Kartika)
Penulis percaya masih ramai yang tertanya-tanya tentang maksud yang
ingin disampaikan pengarang puisi tersebut. Dari puisinya yang simplistik ini,
tercetus juga ilustrasi, potret dan filem yang diilhamkan daripada ideanya.
Bagi pihak pengarang, Sitor
Situmorang, penulis ingin menyampaikan salam Malam Lebaran kepada semua umat
Islam di dunia. Jangan dilupa yang telah tiada sewaktu berseronok dan
bergembira di Hari Raya Aidilfitri. Ziarah dan kirimkanlah doa bagi mereka.
Lakaran artis: Malam Lebaran Bulan di atas Kuburan |
Filem: Bulan di Atas Kuburan |
No comments:
Post a Comment