Wednesday, 7 August 2013

Malam Lebaran




Malam Lebaran
Bulan di atas kuburan

-Sitor Situmorang, 1955



Pendek tapi tajamnya bagaikan sebilah pedang yang tajam menusuk ke kalbu. Itulah perasaan penulis tatkala membaca puisi paling pendek di dunia ini. Terasa! Terasa kehilangan yang amat mendalam.

Ya. Walaupun puisinya hanya sekadar satu baris. Tapi ia cukup mengguris perasaan penulis. Perasaan  yang menjelma di sanubari hati penulis setiap kali menjelangnya. Setiap malam lebaran tatkala lagu raya berkumandang, sanak-saudara bergembira untuk beraya. Perasaan ini akan menyelusup ke dalam jiwa penulis. Terutamanya apabila takbir raya berkumandang. Sayu hati ini. Air mata sepi pasti akan menitis jatuh ke pipi. Itulah lumrah hidup. Tatkala ada yang bergembira di malam lebaran, tak kurang juga yang berduka. Mengenangkan yang telah tiada.

Tapi, sudah menjadi lumrah. Yang sedang sibuk, khayal bergembira takkan pernah faham akan kesedihan yang berduka. Sama seperti rembulan yang bercahaya kegembiraan di langit tanpa memandang sepinya kuburan. Cahayanya terpancar ke kuburan tetapi  ia tidak langsung menyemarakkan suasana di kuburan. Sebaliknya hanya menambahkan lagi ketragisan di kuburan.

Mungkin penulis takkan faham apa yang berada dalam minda pengarang sewaktu menuliskan puisi pendeknya itu. Tapi itu tak penting kerana :

"Perbedaan bentuk dan isi hanya terletak pada diri penghayat. Bentuk hanya cukup dihayati secara indrawi tapi isi atau arti dihayati dengan mata batin seorang penghayat secara kontemplasi” (Dharsono/Sony Kartika)

Penulis percaya masih ramai yang tertanya-tanya tentang maksud yang ingin disampaikan pengarang puisi tersebut. Dari puisinya yang simplistik ini, tercetus juga ilustrasi, potret dan filem yang diilhamkan daripada ideanya.


Bagi pihak pengarang, Sitor Situmorang, penulis ingin menyampaikan salam Malam Lebaran kepada semua umat Islam di dunia. Jangan dilupa yang telah tiada sewaktu berseronok dan bergembira di Hari Raya Aidilfitri. Ziarah dan kirimkanlah doa bagi mereka.


Lakaran artis: Malam Lebaran Bulan di atas Kuburan



Filem: Bulan di Atas Kuburan



No comments:

Post a Comment